4 FOTO: Adik Neelofa, Ameera Khan Tayang Kekasih, Anak Tan Sri. Wow…Kekasihnya Kacak Bergaya, Anak VIP

Instafamous, Ameera Khan hari ini mencuri perhatian sekali lagi.

Adik kepada Neelofa ini telah memuatnaik foto kekasih hatinya di laman media sosial.

Kekasihnya itu bernama Suhail dan merupakan anak kepada seorang Tan Sri yang juga bekas menteri.

Untuk pengetahuan, Suhail merupakan anak kepada Tan Sri Datuk Seri Utama Dr. Haji Zulhasnan Rafique iaitu ahli politik dan juga bekas Malaysian Minister of the Federal Territories.

Ayah Suhail juga merupakan bekas Ahli perlimen Setiawangsa.

Ameera yang baru berumur 16 tahun telahupload gambar bersama Suhail di laman media sosial dan terus menjadi buah mulut para followernya.

Gambar itu dimuatnaik dengan caption ucapan selamat hari lahir ke 22 untuk Suhail dan disertakan ucapan I Love You.

Ini foto kekasih Ameera:

Sesuai dengan statusnya yang merupakan seorang Instafamous, gambar tersebut menjadi viral sekelip mata.

Ramai yang memuji kekacakkan kekasih hati Ameera Khan tersebut dan ada juga yang mempersoalkan percintaan antara mereka kerana Ameera terlalu muda katanya.

Ameera Khan sebelum ini ada memuatnaik foto bersama Suhail cume kurang yang perasan kerana tiada caption ‘i love u’.

Ini fotonya:

Suhail sebelum ini ada memuatnaik foto bersama Ameera Khan di laman media sosial miliknya.

Ini fotonya:

Ameera Khan sebelum ini sering menjadi buruan media kerana kecantikkan wajahnya.

Namanya menjadi sebutan apabila mengambil keputusan membuka hijab.

Namun apa yang memeranjatkan ialah setelah membuka tudung, Ameera Khan dilihat sering tampil dengan pakaian yang agak terdedah.

Sejarah Kasut Bata Yang Ramai Tak Tahu

Bata. Hampir semua warga Malaysia pernah memiliki jenama kasut ini, terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Kasut sekolah Bata antara yang paling popular satu ketika dahulu, dan masih popular sehingga kini. Namun apa yang peliknya, ramai yang beranggapan kasut Bata jenama tempatan atau “local”, sama ada golongan kanak-kanak mahupun dewasa.

Ia tidak lain tidak bukan kerana perkataan “Bata” itu sendiri yang mempunyai maksud dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya, Bata adalah syarikat pengeluar terkenal dunia dan terbesar di Eropah satu ketika dahulu. Ia pernah menjadi satu kuasa besar dalam industri kasut.

Penubuhan Bata

yarikat kasut T. & A. Bata adalah merupakan perusahaan keluarga yang dimulakan oleh 3 beradik iaitu Tomáš, Anna dan Antonín Baťa pada 24 Ogos 1894. Mereka merupakan generasi ke-8 dalam keluarga tukang kasut di kawasan luar bandar Zlin, Czechoslovakia (kini Republik Czech dan Slovakia).

Adik-beradik Bata ini memang inovatif sejak mula lagi. Mereka menggantikan cara bengkel tradisional membuat kasut yang biasanya dilakukan oleh seorang, kepada 10 orang.

Pada tahun 1897, teknik pengeluaran menggunakan mesin diperkenalkan termasuk mesin pembuat kasut dipacu oleh wap, menjadi pencetus kepada pemodenan pengeluaran kasut yang pesat membuatkan Bata mampu menjadi antara pengeluar kasut besar-besaran di Eropah.

Dan pada tahun 1899, kedai Bata pertama telah dibuka di kampung halaman mereka di Zlin.

Bata mula berkembang pesat dan mendapat sambutan yang memberangsangkan. Pada tahun 1905, pengeluaran kasut oleh Bata mencecah 2,200 pasang kasut sehari, sekaligus menjadikan syarikat ini sebagai pengeluar kasut terbesar di Eropah. Dan menjelang 1912, kakitangan Bata telah mencecah 500 orang.

Bata ketika Perang Dunia Pertama

Perang Dunia Pertama yang bermula pada tahu 1914 telah memberikan impak yang sangat besar kepada Bata. Ia disebabkan oleh pesanan kasut oleh tentera yang sangat banyak, membuatkan kakitangan Bata bertambah 10 kali ganda daripada sebelumnya.

Bata kemudiannya membuka cawangan di Prague, Liberec, Vienna, Pilsen dan banyak lagi bandar-bandar lain.

Tomáš Baťa

Namun, langit tak selalunya cerah. Ekonomi dunia merudum teruk selepas Perang Dunia Pertama, menyebabkan mata wang Czechoslovakia merosot sebanyak 75%. Permintaan menjadi berkurangan menyebabkan pengeluaran dihentikan sekaligus mengakibatkan pengangguran yang sangat tinggi.

Tidak cepat melatah dan bijak mengendalikan situasi itu, Tomáš Baťa mengambil keputusan menurunkan harga kasut menjadi separuh, dan para pekerja bersetuju untuk dikurangkan gaji sebanyak 40%. Sebagai ganti, Bata menyediakan makanan, pakaian dan keperluan lain dengan separuh harga.

Bukan itu sahaja, beliau telah memperkenalkan inisiatif keuntungan-bersama yang pertama di dunia, menjadikan semua kakitangan sebagai rakan kongsi dan diberikan insentif mengikut prestasi syarikat. Ia sama seperti insentif berdasarkan pencapaian dan saham, pada hari ini.

Dan disebabkan penurunan harga oleh Bata, ia mendapat sambutan hangat daripada pengguna. Ketika mana syarikat kasut lain gulung tikar disebabkan oleh krisis permintaan antara tahun 1923 dan 1925, Bata pula semakin melebarkan sayap kerana menjadi pilihan pengguna yang mahukan kasut murah.

Zlin menjadi seperti sebuah bandar perusahaan kasut Bata yang digelar “Bataville” dengan keluasan beberapa hektar.

Bataville di Zlin, Czechoslovakia

Bataville dipenuhi dengan kakitangan dan infrastruktur milik Bata termasuklah tukang kayu, tukang kulit, kilang kimia, pusat peralatan mekanikal, bengkel menghasilkan getah, kilang kadbod dan kertas pulpa (untuk pembungkusan), kilang fabrik (untuk lapisan kasut dan stokin), kilang pengilat kasut, dan loji janakuasa serta aktiviti bercucuk tanam untuk memenuhi keperluan tenaga kilang dan makanan kepada kakitangan.

Segala keperluan asas kehidupan oleh kakitangan Bata yang digelar “Batamen” dan keluarga mereka disediakan oleh syarikat Bata termasuklah rumah, kedai, sekolah, hospital, perpustakaan, pusat rekreasi dan lain-lain. Menjelang tahun 1923, Bata mempunyai 112 cawangan.

Pada tahun 1936, Bata telah mengeluarkan kasut Bata Tennis yang pada mulanya dihasilkan untuk kanak-kanak sekolah di India dan telah menjadi antara kasut paling laris di dunia dan dijual hingga kini.

Bata kemudiannya mula memperluaskan syarikat mereka dengan membina kilang di luar Czechoslovakia termasuklah di Poland, Latvia, Romania, Switzerland dan Perancis. Mereka juga mempelbagaikan ekonomi Bata dengan menceburi banyak industri lain seperti :

  1. Samak kulit – 1915
  2. Industri tenaga – 1917
  3. Pertanian – 1917
  4. Penerbitan akhbar – 1918
  5. Pembuatan bata – 1918
  6. Pemprosesan kayu – 1919
  7. Industri getah – 1923
  8. Industri pembinaan – 1924
  9. Landasan kereta api dan pengangkutan udara – 1924
  10. Perfileman – 1927
  11. Pemprosesan makanan – 1927
  12. Pengeluaran bahan kimia – 1928
  13. Pembuatan tayar – 1930
  14. Insurans – 1930
  15. Pengangkutan bermotor – 1930
  16. Pengeluaran tekstil – 1931
  17. Pengangkutan laut – 1932
  18. Perlombongan arang batu – 1932
  19. Penghasilan pesawat – 1934
  20. Pengeluaran serat sintetik – 1935
  21. Pengangkutan sungai 1938

Bagi menghasilkan iklan TV, Bata membina studio perfileman serta menggunakan peralatan sendiri.

Alatan menghasilkan filem oleh Bata

Bata telah menghasilkan bangunan pencakar langit sendiri setinggi 77.5 meter sebagai ibu pejabat yang terletak di Zlin. Bangunan itu merupakan bangunan kedua tertinggi di Eropah pada ketika itu. Ia dibina dengan binaan kongkrit, bata, keluli dan kaca menjadi sebuah mercu tanda abad ke-20.

Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai lif pejabat pertama di dunia yang membolehkan pengasasnya, Tomáš bergerak ke tingkat lain dalam bangunan itu tanpa perlu meninggalkan mejanya.

Pejabat Bata, bangunan kedua tertinggi di Eropah ketika itu

Bata juga membina jalan dan terusan serta menggunakan pesawat, bot dan lori untuk mengeksport kasutnya ke serata dunia. Dan jika Bata memerlukan motosikal, basikal dan malah unta sekalipun, mereka akan berbuat demikian semata-mata untuk menghantar kasut keluaran mereka.

Bataville kemudiannya menjadi model kepada pembinaan bandar Bata yang lain di serata dunia seperti :

  1. Batadorp di Belanda
  2. Batovany di Slovakia
  3. Batov di Republik Czech
  4. Borovo-Bata di Croatia
  5. Bata Park di Switzerland
  6. Bataville di Perancis
  7. Batawa di Kanada
  8. East Tilbury di England ( didokumentarikan dalam “Bata-ville: We Are Not Afraid of the Future”)
  9. Batapur di Pakistan 
  10. Batanagar dan Bataganj di India

dan juga sebuah kilang di Maryland, Amerika Syarikat.

Pada tahun 1934, sebanyak 300 kedai Bata dibuka di Amerika Utara, 1,000 di Asia dan lebih daripada 4,000 di Eropah. Menjelang tahun 1938, Bata berkembang ke 30 buah negara dengan 5,300 buah cawangan di serata Eropah, Asia dan Amerika Utara.

Kakitangannya meningkat dengan mendadak daripada 8,300 orang pada tahun 1928 kepada 65,000 orang pada tahun 1938. Bata mengendalikan 63 buah syarikat dalam pelbagai industri dan menjual 60 juta unit kasut setiap tahun.

Daripada Austria hinggalah ke Zambia, kedai Bata menetapkan standard kualiti berdasarkan produk unggul, nilai wang yang berbaloi dan perkhidmatan yang tiada tandingan. Setiap kedai direka khas memberikan pengalaman membeli-belah yang selesa dan mesra.

Kematian Tomas Bata

Ketika berusia 56 tahun pada 1932, Tomáš Baťa terlibat dalam kemalangan kapal terbang di Lapangan Terbang Zlín yang menyebabkan beliau terbunuh. Syarikat tersebut diwariskan kepada adik tirinya Jan Antonin dan anaknya Thomas John Bata yang menerajui syarikat dengan moral yang ditinggalkan oleh Tomas, iaitu :

“Syarikat kasut Bata bukanlah dianggap sebagai sumber kekayaan peribadi tetapi sebagai kepercayaan oleh orang ramai, sebagai cara untuk meningkatkan taraf kehidupan komuniti dan memberikan nilai kepada setiap wang pengguna”

Bata juga merupakan perusahan besar pertama yang menggunakan pesawat untuk kegunaan syarikat secara sistematik, termasuklah penghantaran kakitangan dengan pantas seperti menghantar tukang selenggara dan alat ganti ke lokasi yang diperlukan.

Bata juga telah menjadi jenama dunia dan logo serta nama “Bata” telah diterjemahkan kepada 14 bahasa. Di beberapa bahagian dunia, perkataan “Bata” sangat sinonim dengan “kasut” kerana ia merupakan satu-satunya pengeluar kasut yang dikenali oleh orang tempatan, seperti memanggil mi segera sebagai “Maggi”.

Jan Antonin Bata

Jan Antonin melarikan diri ke Amerika selepas penaklukan Czechoslovakia oleh Jerman ketika Perang Dunia Kedua. Beliau juga menjadi sasaran oleh Amerika Syarikat dan British kerana berurusan dengan Pakatan Paksi dan kemudiannya melarikan diri ke Brazil pada tahun 1941.

Selepas perang tamat, pihak berkuasa Czechoslovakia menuduh Jan Antonin sebagai pembelot kerana tidak menyokong tentangan terhadap anti-Nazi, dan telah dihukum 15 tahun penjara. Segala aset Bata dirampas oleh kerajaan Czechoslovakia, Jerman Timur, Poland dan Yugoslavia.

Thomas John Bata

Thomas John pula dihantar oleh Jan Antonin ke Kanada dan menjadi Naib Presiden Bata di Kanada. Ketika syarikat Bata sedang nazak, ia dibina seula di Kanada dan mengembangkan semula ke Asia, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Latin. Ibu pejabat Bata dipindahkan ke Ontario, Kanada pada 1964, dan sekali lagi berpindah pada tahun 1965 ke New York.

Bata kini

Kini Bata menganggarkan menjual 1 juta pasang kasut seharai dengan pekerja lebih daripada 30,000 orang dan beroperasi di lebih 90 buah negara dengan lebih daripada 5,000 buah cawangan. Cawangan pertama di Malaysia dibuka di Klang, Selangor pada tahun 1935, dan terdapat lebih daripada 40 cawangan Bata di Singapura.

Produk dan tajaan oleh Bata

Antara produk jenama Bata yang dikeluarkan :

  1. Bata (Baťa in the Czech Republic and Slovakia)
  2. Bata Comfit – kasut selesa
  3. Ambassador – kasut klasik lelaki
  4. North Star – kasut ala bandar
  5. Weinbrenner – kasut outdoor premium
  6. Marie Claire – kasut wanita
  7. SunDrops – kasut wanita
  8. Bubblegummers – kasut kanak-kanak
  9. Baby Bubbles – kasut kanak-kanak
  10. Safari – kasut padang pasir
  11. Power – kasut sukan
  12. Patapata – selipar
  13. Toughees – kasut sekolah
  14. Tomy Takkies – kasut ala bandar
  15. Verlon – kasut sekolah
  16. Teener – kasut sekolah
  17. B-First – kasut sekolah
  18. Footin – kasut trendy
  19. Bata Industrials – kasut keselamatan
  20. B.First – kasut sukan

Pemain bola keranjang “Hall of Fame”, Earvin “Magic” Johnson melancarkan kariernya dengan memakai kasut Wilson keluaran Bata. Bata juga merupakan penaja rasmi Piala Dunia 1986 yang berlangsung di Mexico, penaja rasmi dan kasut bagi Piala Dunia Kriket ICC 1987, dan penaja Eliseo Salazar yang memenangi Kejohanan Formula 1 Aurora 1980.

Bata penaja rasmi Piala Dunia Mexico 1986

Menjelang tahun 1970-an, Bata mula menjadi perhatian peminat fesyen. Kasut Bata pernah tampil dalam majalah terbesar dunia seperti Vogue, Elle dan banyak lagi. Selipar Bata yang murah, tahan lama tampil dalam majalah The New York Times edisi “Time Capsule” pada tahun 1999 dan dipegang oleh Robin Willians.

Selipar yang sama ketika itu dipakai oleh 95% daripada populasi di India.

Kurt Cobain menggayakan kasut Bata Hotshot

Supermodel dan pelakon dari Perancis, Laetitia Casta juga memakai kasut Bata iaitu Bata Tennis. Penyanyi kumpulan paling popular di dunia pada tahun 1993, Nirvana, iaitu Kurt Cobain dilihat berkali-kali menggayakan kasut Bata Hotshot.

Rujukan :

1. Bata

2. Prague Visitor

3. Bata Industrial

4. Lotus Happiness

sumber: iluminasi.com

Bestnya lagu ni!!!!Baru Dilancarkan 2 Hari, Lagu Baru Fattah Terima 125 Ribu Tontonan!

Kredit foto: Instagram Fattah Amin

Baru sahaja dimuat naik di laman Youtube dua hari lalu, muzik video lagu terbaru Fattah Amin bertajuk 1234U menerima jumlah tontonan lebih 125 ribu kali!

Pertaruhan kedua Fattah selepas single Wanita Terakhir itu masih mengekalkan sentuhan komposer dan penulis lirik yang sama iaitu Aizat Amdan dan Mel Ramlan.

Lagu berentak rancak ini bakal dimuatkan dalam soundtrack telefilem terbaharu berjudul Wanita Terindah, lakonan bersama aktres Fazura.

Muzik video 1234U antara lain turut menampilkan penampilan istimewa Fazura dan pelakon kanak-kanak Adam Mika, berserta sedutan-sedutan menarik daripada telefilem berkenaan.

Sebelum tayangan perdana di laman Youtube, Fattah terlebih awal memuat naik petikan pendek muzik video tersebut di laman Instagramnya.

Rata-rata netizen menerusi ruangan komen memberitahu mereka tidak sabar menantikan versi penuh video berkenaan.

Sedutan pendek itu sahaja sehingga kini telah meraih lebih 119 ribu tontonan.

Majoriti peminat memberikan reaksi positif di laman Youtube dan beranggapan ia bukan sahaja sebuah lagu rancak yang baik, malah ‘comel’!

“Lagu-lagu sebelum ini semua sedih… Tapi lagu 1234U ini dapat rasa hati gembira Fattah,” tulis Nurjessica Afiqah di laman Youtube.

“Merecik betul muzik video. Lagu sedap semua ‘handsome’ dan comel, dengar lagu ini badan pun automatik bergoyang. Rasa di awangan,” komen Esya Reesa pula.

“Lagu ini comel sangat. Kalau boleh perform di majlis anugerah. Boleh bayang ada step menarik sedikit,” kata Blossom April.

sumber:iluminasi.com

Kamal, Emma tiada rezeki ‘bersatu’….

Hasrat pelakon Kamal Adli bergandingan buat kali ketiga dengan Emma Maembong tidak kesampaian apabila tempatnya digantikan oleh Keith Foo dalam drama Jangan Padam Rindu.

Awalnya, watak utama lelaki bagi drama terbitan Suhan Movies itu dihulurkan kepada pelakon berkenaan, namun berikutan salah faham yang timbul, ia menjadi milik aktor lain.

Mengaku cukup kecewa dengan situasi terbabit, Kamal akur tidak dapat berlakon di sisi teman karibnya dalam naskhah yang diangkat daripada sebuah novel itu.

“Ia bermula dengan masalah susunan jadual hingga berlaku salah faham dengan pihak produksi Suhan. Ketika mendapat tawaran terbabit, pada masa sama saya juga menerima undangan berlakon filem aksi.

“Saya ada memohon budi bicara produksi Suhan supaya menyusun semula jadual penggambaran kerana filem berkenaan awalnya dijangka dimulakan rakamannya pada pertengahan bulan ini.

“Begitupun, tidak mengapa jika permintaan itu tak dapat dipenuhi kerana memang keutamaan saya adalah lebih kepada drama terbabit. Bagaimanapun, permintaan saya tidak dipenuhi dan akhirnya nama saya digugurkan,” katanya.

Dalam keadaan berkenaan, Kamal dilihat kelihatan seperti bersikap tamak, sedangkan hakikat adalah sebaliknya.

“Nak dijadikan cerita, penggambaran filem pula dianjak ke hujung Oktober.

“Apa yang berlaku itu hanyalah salah faham. Apabila sudah jadi begini, saya anggap ia bukan rezeki,” katanya yang kini giat berlatih sebelum turun ke lokasi penggambaran filem terbabit, yang menggunakan judul Escape buat waktu ini.

Kamal juga sedar, peminat teruja menantikan gandingan terkininya bersama Emma. Namun, nampaknya mereka perlu menunggu lebih lama sebelum kedua-duanya dapat ‘bersatu’ lagi di kaca TV.

Sebelum ini, Kamal dan pelakon yang kencang digosip bercinta dengannya itu pernah membintangi drama Syurga Tanpa Cinta dan Jodoh Sebelah Pintu.

“Saya memang tertunggu-tunggu untuk berlakon dengan Emma. Tapi apakan daya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Kamal juga akan terbabit dengan program Superspontan, projek Karya 12 berjudul Jongkong arahan Feroz Kadir dan penggambaran travelog, Curi Curi Cuti, yang masih berbaki.

Sumber: bharian.com.my

Kena ‘Friendzone’ Dengan Fattah ? Ini Respon WIN dari Fazura Buat Netizen Terkedu..

MELIHAT tangga populariti yang didaki aktres popular ini, pastinya laluan yang dilalui bukan mudah. Pelbagai cabaran dan ujian yang ditempuhi, dia masih teguh berdiri.

Berbicara dengan pelakon cantik, Fazura pastinya setiap mata yang memandang tidak mengerlip kerana terpegun dengan sikap peramahnya. Jauh tersasar daripada dakwaan yang mengatakan pelakon ini seorang yang sombong.

Tatkala soalan cepumas ditanya, dia tenang menjawab. Tiada langsung nada jelik atau jelingan daripada pelakon drama bersiri popular Hero Seorang Cinderella ini. Pengalaman lebih sedekad merenangi lautan seni nyata banyak mengajarnya.

Diaju pertanyaan soal status hubungannya dengan pelakon tampan, Fattah Amin, aktres itu hanya tersenyum manja. Maaf, dia tidak mahu memberi sebarang komen soal peribadi.

Kala kerjayanya semakin berkembang, dia tidak mahu berbicara soal peribadi. Dia mahu memberi fokus kepada perjalanan seni yang semakin hari dilimpahi dengan pelbagai kejayaan.

“Maaf, saya tidak mempunyai sebarang komen kalau soal peribadi. Kalau boleh, saya hanya mahu berbicara soal kerjaya. Tidak ada soalan peribadi ya,” katanya.

Ya, sukar untuk kita mendapatkan kenyataan daripada pelakon ini. Dakwaan demi dakwaan yang mengatakan hubungannya dengan Fattah semakin serius hanya tinggal spekulasi yang tidak berjawab.

Biarpun Fattah mudah untuk melunturkan kata berbicara soal hubungannya dengan Fazura, namun wanita cantik ini memilih untuk berdiam. Dia tahu menjaga nilai diri dan maruahnya sebagai seorang wanita.

Memutar perbualan ke arah kerjaya, dia sempat berkongsi keterujaannya bertemu penyanyi tersohor dunia, Selena Gomez semasa menghadiri Minggu Fesyen New York di Amerika Syarikat baru-baru ini.

Lebih mengharumkan, Fazura merupakan wakil dari Malaysia yang diundang khas oleh jenama fesyen terkemuka, Coach untuk menghadiri minggu fesyen di negara Uncle Sam itu.

“Satu pertemuan yang singkat tetapi memberi makna yang besar. Kami tidak sempat berbual panjang kerana Selena ada sesi fotografi selepas itu. Tetapi dia sempat memuji pakaian saya.

“Saya juga sempat menjalani sesi penggambaran muzik video baharu di sana. Alhamdulillah, satu demi satu rezeki dilimpahi Tuhan. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya saya,” katanya yang popular dengan lagu Sayangi Dirimu.

Tidak hanya mengunci bicara soal hubungannya dengan Fattah, Fazura juga memilih untuk kekal berahsia siapakah penyanyi antarabangsa yang bakal berduet dengannya dalam single terkininya kelak.

“Nanti bila tiba masanya, saya dan pihak Universal akan umumkan siapakah penyanyi tersebut. Tak boleh beritahu sekarang, nanti bukan lagi satu kejutan,” katanya yang kini sedang giat mempromosi filem Rafathar.

Kembang kerjaya di Indonesia

Hari demi hari, anak kelahiran Pahang ini membuktikan kewibawaannya sebagai pelakon yang cukup berbakat. Tidak hairan jika sayap seninya kini terbang merentasi langit negara seberang, Indonesia.

Satu demi satu naskhah hebat menampilkan Fazura sebagai pelakon. Terkini, dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Ayat-ayat Cinta 2 yang bakal ditayangkan tahun depan.

“Saya sendiri tidak menyangka ada tempat di negara seberang. Kita semua sedia maklum sukar untuk anak seni tempatan menembusi pasaran sana tetapi alhamdulillah langkah saya dipermudah.

“Saya kerja keras ini untuk membuktikan kemampuan dan minat saya terhadap dunia seni yang tiada berbelah bahagi. Saya percaya jika kita terus berusaha, kita akan mampu menggapai impian.

“Jalan yang ditempuh saya bukan mudah, itu sesuatu yang pasti. Cuma perlahan-lahan kita mengorak langkah dan percayalah, semua usaha, keringat dan semangat kita berbaloi,” kata wanita berusia 34 tahun ini.

Ditanya soal harapannya terhadap naskhah baharu, Rafathar lakonannya, Fazura teruja dan mengharapkan agar peminat menyokong filem terbitan Indonesia itu.

Naskhah tersebut menggandingkan dia dengan pasangan sensasi negara seberang, Raffi Ahmad dan Nagita Salvina.

Memegang watak sebagai Mila, ibu angkat kepada bayi adiwira, Rafathar, Fazura yakin filem ini mampu mencuit hati penonton dengan keletah dan lawak jenaka yang ditampilkan.

“Ini filem Indonesia keempat saya. Alhamdulillah, rezeki saya dipermudah dan diharapkan agar peminat terus menyokong kerjaya saya. Filem ini sangat istimewa khususnya jalan cerita.

“Mula-mula saya risau juga takut orang kita tak faham lawak yang disampaikan dalam bahasa Melayu Indonesia. Tetapi sari kata dalam bahasa Melayu kita disediakan, jadi mudah untuk penonton faham,” katanya.

Sumber:www.utusan.com.my

INI DIA 6 NENEK PALING CANTIK DAN TERSEKSI DI DUNIA, KALAH ANAK DARA DAN JANDA..LIHAT NENEK KEENAM

Jika mendengar panggilan ‘nenek, sudah tentu terbyg dlm fikiran kita perempuan tua yg berkedut, malah mungkin sudah membongkok…namun, bagi 6 perempuan ini, panggilan nenek mungkin blh digunakan 20-30 tahun lagi memandangkan wajah dan tubuh badan mereka berenam tak ubah seperti anak dara mahupun janda muda…umur mereka bukan 20, 30 atau 40 tapi 50 tahun dan ke ATAS !

Jika mendengar kata “nenek”, tentu yang tergambar di pikiran kita adalah seorang perempuan tua yang kulitnya sudah keriput, tubuh yang lemah atau bahkan membungkuk.

Hal ini memang benar. Namun tampaknya tak semua nenek identik dengan hal seperti itu. Buktinya nenek-nenek di bawah ini. Satu pun hal yang disebutkan di atas tak melekat pada jati diri mereka.

Meski sudah menyandang status sebagai “nenek”, tetapi fizikal dan penampilan mereka seperti wanita usia 30-an, bahkan ada yang terlihat seperti ABG. tak percaya? Jom lihat foto-foto mereka yang dikongsi dari TribunLampung.com.

1.Masako Mizutani

Jika melihat fotonya di atas, tentu banyak yang mengira bahwa usia Masako Mizutani adalah 30 tahun. Namun itu salah besar. Wanita asal Jepang ini hampir menginjak 50 tahun.
Masako mengungkapkan, rahasia kecantikannya terletak di pola hidupnya. Selain itu juga perawatan yang selalu ia lakukan selama lima dalam sehari.

2.Elle Marcpherson

Di usianya yang menginjak 51 tahun, kulit Elle masih terlihat kencang dan tubuhnya juga bugar. Hal ini jelas mengundang rasa penasaran banyak orang akan rahasia kecantikannya.
Elle mengaku bahwa rahasia kecantikannya adalah perasaan senang dan dering tertawa.
Di sisi lain, ia juga menerapkan pola hidup sehat, serta menggunakan pelembap untuk kulitnya.

3.Michelle Yim

Michelle Yim merupakan nenek paling cantik didunia berikutnya.
Penerapan pola hidup sehat yang dilakukannya sejak muda berhasil membuktikan keawetan kecantikannya.
Micehelle Yim saat ini menginjak usia 58 tahun.

4.Apasra Hongsakula

Wajah yang begitu cantik serta kulit yang masih kencang memang membuat Apasra tidak terlihat seperti seorang nenek.
Namun, wanita asal Thailand ini sebenarnya sudah memasuki usia 68 tahun.

5.Liu Xiaoqing

Liu Xiaoqing adalah aktris kenamaan Tiongkok. Namanya sering menghiasi beberapa media di negaranya. Ini karena wajahnya yang begitu cantik.
Bukan hanya itu saja, tetapi juga penampilannya yang sangat awet muda.
Seperti yang diketahui, usia Liu Xiaoqing saat ini sudah menginjak 60 tahun.

6.Candi Law

Candi Law berusia 50 tahun.
Ia adalah seorang model asal Hong Kong.
Kecantikan Candi Law memang tak dapat diragukan.
Meski usianya kini sudah menginjak kepala lima, namun ia tetap seperti berusia 26 tahun.

Sumber; koleksigambarpelik.com

Credit to :BERITA STEADY

9 Selebriti Terkenal Malaysia Yang Mempunyai Anak Kembar!! No.6 Hampir kehilangan Nyawa Ketika Kelahirannya.

Selain kerjaya selebriti, perkhabaran mereka menerima cahaya mata juga turut mencuri tumpuan.

Buat selebriti yang menyambut cahaya mata sulung,tahniah diucapkan dan tidak dilupakan buat mereka yang menambah bilangan zuriat pada tahun ini.
Fad Bocey

Kehadiran dua anak kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan cukup membahagiakan buat pelakon dan pelawak Fad Bocey bersama isteri, Nur Syahirah A. Rahman. Bagi mereka, kelahiran kembar ini mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan mereka. Khabarnya pada penghujung tahun ini, Fad Bocey sekali lagi bakal menimang cahaya mata. Adakah kelahiran kali ini juga kembar? Sama – sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini.
2. Zarina Zainuddin

Pujian harus diberi kepada dramatis terkenal, Zarina Zainuddin. Ini kerana anak – anak kembarnya Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai telah disahkan sebagai anak – anak istimewa yang menghidapi autism. Membesarkan anak – anak autism bukanlah satu perkara yang mudah, namun bagi beliau, kehadiran kembar ini memberi 1001 makna kepada dirinya.
3. Datin Paduka Iena Azman

Terpalit dengan kontroversi dengan pelakon lelaki tidak lama dahulu, Datin Paduka Iena Azman sekali lagi mencuri perhatian dengan kelahiran bayi kembar – lelaki dan perempuan beliau, Karl Kareef dan Arianna Aubrey. Bayi kembar mereka turut tersenarai sebagai bayi yang popular yang kini mempunyai 398 ribu pengikut di Instagram.
4. Sharifah Aleya

Aza Ameena dan Asha Ameena, namanya seindah ibu mereka, Sharifah Aleya. Terkini, selepas bersara dari Hot.fm , Sharifah Aleya memfokuskan dunia pengacaraan sebagai kerjaya terbaru beliau.
5. Sazzy Falak & Nazril Idrus

Mendirikan rumah tangga pada 2006, kehadiran anak kembar mereka bagaikan satu rahmat dan lonjakan buat pasangan selebriti terkenal ini. Bukan sahaja makin dikenali malah pasangan ini turut menceburkan bidang dalam dunia perniagaan dengan memperkenalkan pakaian yang berjenama mereka sendiri
6. Ziana Zain

Siapa sangka kelahiran anak kembar Ziana Zain ketika itu hampir meragut nyawanya. Kini penyanyi terkenal yang mendirikan rumah tangga bersama Armin Zahrin ini mempunyai 4 cahaya mata.

7. Nurul Syuhada Nurul Ain

Pengacara terkena, Nurul Syuhada Nurul Ain kini kembali dalam dunia pengacaraan selepas berehat seketika dalam memberi tumpuan membesarkan sepasang kembarnya yang comel, Raja Abdul Mateen dan Raja Nur Emaan.
8. Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor

Perkhabaran gembira ini telah dikongsi oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memperoleh cahaya mata kembar lelaki yang turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan beliau pada 27 Julai yang lalu.
9. Datin Zizie Ezette

Menerusi laman Instagram nya, Datin Zizie Ezette mengumumkan yang beliau dan suami, Datuk Bung Mokhtar Radin bakal memenimang cahaya mata sulung yang juga kembar,dijangka lahir pada bulan Disember atau Januari tahun depan. Tahniah diucapkan!

Sumber: RilekDulu

Sejujurnya, berapa kali dalam setahun anda pergi untuk medical check-up tahap kesihatan anda? Atau ke hospital bila mana sudah sakit sahaja?..Jom Ketahui Tahap Kesihatan Anda Dengan Menggunakan SUDU. Ramai TAK TAHU !!!

Buat mereka yang amat sibuk dengan pekerjaan, dan tiada masa untuk berjumpa doktor bagi mengetahui sejauh mana tahap kesihatan mereka, jom cuba ujian sudu yang boleh dilakukan dimana sahaja.

Ujian mudah menggunakan sudu ini adalah seperti berikut:

Letakkan bahagian bawah sudu di atas lidah.
Letakkan sudu tersebut di dalam plastik beg lutsinar, dan tinggalkan dibawah cahaya. Anda boleh gunakan cahaya matahari atau cahaya daripada lampu meja.
Biarkan selama satu minit.
Periksa bahagian bawah sudu tadi. Sekiranya tiada kesan dan bau yang kurang menyenangkan, ia menunjukkan kesihatan anda adalah baik.

Sekiranya terdapat kesan pada bahagian bawah sudu:

Jika kesan tersebut berwarna putih kekuningan, ia mungkin disebabkan masalah pada kelenjar tiroid. Penukaran beta-karotena untuk Vitamin A bergantung kepada hormon tiroid. Kekurangan ini boleh menyebabkan pembentukan karotena yang berwarna kekuningan.

Sekiranya kesan tersebut berwarna ungu, ia menunjukkan terdapat masalah pada saluran darah atau kadar kolestrol yang tinggi dalam badan. Ia mungkin juga disebabkan bronkitis. Bronkitis menghalang aliran udara yang membawa oksigen kedalam salur darah, seterusnya menyebabkan kotoran ungu ini terbentuk.

Jika kotoran itu berwarna putih pekat, ia mungkin disebabkan pembentukan bakteria pada lidah kesan daripada jangkitan pada penafasan.

Sekiranya kotoran itu berwarna oren, ia disebabkan oleh masalah pada buah pinggang. Penyakit buah pinggang kronik boleh menyebabkan tisu mulut untuk pucat kerana anemia, atau oren kerana pembentukan karotena.

KENALI KARAKTER WANITA DARI BENTUK DAN WARNA BIBIRNYA…

Bibir merupakan salah satu yang menjadi daya tarik seorang wanita. Beberapa lelaki sangat memperhatikan hal ini, mereka menyukai bentuk bibir tertentu sehingga wanita berusaha memperindah bibirnya dengan berbagai bentuk perawatan, mulai dari kosmetik seperti lipstick, lipgloss, atau lip balm bahkan sekarang banyak juga wanita yang melakukan sulam bibir.

Bibir wanita adalah salah satu keindahan dan daya tariknya. Setiap wanita memiliki bentuk dan warna bibir yang berbeda-beda. Ternyata, dibalik bentuk bibir seorang wanita tersimpan sebuah misteri, apakah itu?. Yah, setiap bentuk bibir itu menunjukkan karakter pemiliknya.

Apa saja? Mari semak beberapa uraian berikut.

1. Bibir yang Mungil

Tipe wanita dengan bibir mungil ini biasanya agak manja, dan kekanak-kanakan tentunya mereka akan sangat senang sekali bila dimanjakan. Wanita dengan bibir yang mungil cenderung menggantungkan segalanya pada pihak lain, karena tidak memiliki pendirian yang mantap dikarenakan ia selalu merasa was-was dengan segala yang dilakukannya.

Ia memiliki gairah yang besar, namun terkadang cerewetnya juga tidak kepalang. Untuk menundukkan Wanita yang memiliki bibir mungil ini, Lelaki hanya perlu tahu caranya. Para lelaki cukup memberikan apa yang ia senangi dan ucapkan kata-kata rayuan yang sekiranya akan menyenangkan hatinya, maka ia pun akan jatuh dalam pelukan lelaki.

Rahasianya, Wanita berbibir mungil sangat suka dengan sanjungan dan perhatian yang diberikan untuknya. Setiap Wanita memang suka dengan sanjungan dan perhatian, namun Wanita berbibir mungil lebih mengharapkannya.

2. Bibir yang Tipis

Wanita yang memiliki bibir tipis biasanya suka omong, banyak bicara. Namun itulah daya tariknya yang paling utama, karena tidak hanya kaum lelaki yang menyukainya, sesama kaum Wanita pun suka berkomunikasi dengan Wanita ini. Tentu saja tidak semua yang dipercakapkan adalah sesuatu yang penting, karena Wanita ini bisa pula diajak mengobrolkan hal-hal kecil yang remeh-temeh.

Wanita jenis ini juga cenderung menghalalkan segala cara dalam meraih tujuannya, tanpa mempedulikan pendapat serta perasaan orang lain. Dia sangat pintar merayu dengan kata kata yang sangat menawan, serta amat pandai berpura-pura. Dia juga memiliki sifat sekaligus sikap yang optimistis dalam hidupnya.

Dalam hal gairah percintaan, Wanita berbibir tipis memiliki gairah yang meledak-ledak, nafsu yang besar, hingga pasangannya dituntut untuk dapat memuaskannya.

3. Bibir yang Tebal

Wanita yang memiliki bibir tebal biasanya bersikap terbuka, dan inilah yang seringkali menjadikan lawan jenisnya suka bergaul dengannya. Wanita tipe ini juga memiliki tingkat kepercayaan diri yang tinggi, hingga dia sangat tahu bagaimana membawa diri dengan baik. Namun, mungkin karena terlalu percaya diri, sikapnya itu terkadang justru mempermalukan diri sendiri.

Untuk urusan gairah percintaan, Wanita berbibir tebal ini juga memiliki gairah yang stabil, biasanya juga tergolong besar, dalam arti dia selalu siap sedia melayani hasrat pasangannya kapan saja diinginkan. Sikap percaya dirinya tidak hanya ada dalam pergaulan sehari-hari, namun juga dalam kehidupan ranjang bersama sang suami. Dia adalah pasangan yang penuh kemesraan.

4. Bibir yang Lebar

Bentuk bibir yang lebar atau melebar menyiratkan kalau pemiliknya memiliki gairah sangat besar. Wanita berbibir lebar ini memiliki fantasi yang tinggi dalam hal percintaan, dan dia memang suka berfantasi. Wanita berkarakter “diam-diam menghanyutkan” karena seringkali Wanita jenis ini tidak banyak tingkah dalam hal pergaulan dengan lawan jenis.

Namun begitu dia mendapatkan pasangan yang dirasanya tepat, maka dia pun tahu bagaimana cara menjerat pasangannya hingga tak bisa berpaling darinya. Terakhir menyangkut Wanita berbibir lebar, dia sangat suka dimanja dan diperhatikan lebih suka dibanding para Wanita lainnya.

5. Bibir yang Merekah

Tak berbeda jauh dengan Wanita berbibir lebar, Wanita berbibir merekah ini pun memiliki gairah cinta yang besar dan suka berfantasi dalam hal yang satu itu. Karena besarnya gairah seksual yang dimilikinya, tak jarang Wanita jenis ini sampai terperosok dalam pergaulan yang kurang beres karena memperturutkan gairahnya semata yang tak pernah padam.

Lelaki yang memiliki pasangan Wanita ini patut berbahagia, khususnya dalam kehidupan intimnya, karena Wanita ini tahu bagaimana bermain cinta yang penuh ‘ekspresi’ dan tak pernah bosan mencari cara memuaskan dirinya sekaligus pasangannya. Ketika di atas ranjang, Wanita berbibir merekah tak ubahnya seperti kuda binal yang menggemaskan, sekaligus juga tanpa lelah.

8. Bibir yang Menonjol

Wanita yang memiliki bentuk bibir menonjol biasanya tergolong Wanita pemalu dan agak tertutup, khususnya dengan lawan jenisnya. Ia juga cenderung kurang percaya diri saat menghadapi orang lain, apalagi dengan lawan jenis. Dalam urusan gairah percintaan, Wanita berbibir menonjol juga kurang terbuka dengan pasangannya, hingga lelaki yang harus memulai.

Pasangannya harus tahu cara memberikan yang terbaik untuknya. Sifat Wanita ini yang pemalu menjadikannya pasif atau kurang aktif saat bercinta dengan pasangannya.

9. Bibir penuh

Wanita yang memiliki bentuk bibir dengan lekuk yang tegas seperti Angelina Jolie dan Scarlett Johansson merupakan tipe orang yang berani dan percaya diri. Beruntunglah Anda yang memiliki bentuk bibir penuh yang simetris, karena itulah yang membuat Anda menarik dan stand out.

10. Bibir bulat

Wanita dengan bentuk bibir bulat biasanya tertarik pada penjelajahan atau mengeksplorasi hal, sedikit pemberontak dan genit. Selain itu mereka juga pribadi yang mudah membuat orang lain terpikat karena pembawaan yang periang dan selera fashion yang berani.

 

15 perilaku untuk membuat wanita rasa dihargai

Sebagai seorang lelaki, wajarlah kita mencari perkara-perkara yang dapat membuat seorang wanita merasa disayangi sehingga wanita menjadi lebih sayang kepada kita. Berikut adalah 20 cara untuk menjadikan wanita berasa sayang dan selesa untuk berada di dekat kami.

1. Apabila tiba di rumah, cari dia terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa lagi, dan memeluknya.
2. Tanya soalan-soalan khusus mengenai hari beliau, menunjukkan kesedaran tentang apa yang dia mahu lakukan (contohnya, “Bagaimana janji temu doktor anda dengan doktor?”).
3. Berlatih mendengar dan bertanya soalan.
4. Menentang pencobaan untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya, ikut perasaan itu.
5. Berikan perhatian penuh selama 20 minit (jangan baca akhbar atau tunjukkan perkara lain pada masa itu).
6. Berikan dia bunga sebagai kejutan serta membuat kejutan pada majlis-majlis khas.
7. Rancang tarikh beberapa hari lebih awal, jangan tunggu sehingga malam Sabtu dan tanya apa yang dia mahu lakukan.


8. Jika dia biasanya menyediakan makan malam atau datang gilirannya. Dan nampaknya dia letih atau sangat sibuk, tawarkan untuk menyediakan makan malam.
9. Puji dia kerana penampilannya.
10. Jadualkan masa tambahan semasa perjalanan supaya dia tidak perlu tergesa-gesa.
11. Jika anda terlambat, hubungi dia dan beritahu dia.
12. Jika dia meminta sokongan, katakan ya atau tidak tanpa membuatnya merasa bersalah kerana meminta sokongan itu.


13. Jika perasaannya menyakitkan, tunjukkan simpati anda dan katakan padanya “Saya minta maaf anda tersinggung.” Kemudian diam; biarkan dia merasakan bahawa anda memahami rasa sakit hatinya. Jangan menawarkan penyelesaian atau penjelasan.
14. Jika anda merasakan anda perlu menarik diri, beritahu dia anda akan kembali. Atau anda memerlukan masa.
15. Apabila anda sudah tenang dan muncul kembali, bercakap tentang apa yang mengganggu anda dengan hormat. Bukan dengan menyalahkannya. Agar tidak membayangkan yang paling teruk.

Perilaku di atas adalah yang diterangkan oleh John Grey, Ph.D., melalui bukunya Men dari Mars, Wanita berasal dari Venus.